
So what?
Terjaga dari tidur. Perut meragam tiba-tiba. Hidung aku tersumbat. Tanda-tanda aku nak sakit ler ni. Aku sakit. Aku penat. Aku sedih. Aku takut. Aku sayang. Aku rindu. Aku buntu. Aku aku aku. 19hb Disember aku nak ke Melaka balik untuk selesaikan masalah aku yang belum selesai tuh. (semester 6 @ Final semester). Macam-macam dalam kepala otak ni. Aku dah tak boleh nak fikir dah. Sampai satu tahap aku dah malas nak fikir and bila aku kat sana baru aku nak berfikir. Boleh kalau macam tuh? Aku cuma harapkan, untuk 4-5bulan ni perjalanan aku kat sana akan sentiasa baik-baik je. Kali ni aku nak buat betul-betul. Aku akan buat apa yang disuruh. Tak kisah laa kalau orang cop aku ni TOYOL ke KULI ke. Tak kisah. Tuhan maha adil. Aku percayakan DIA. Apa yang berlaku ada hikmah dia kan. Mulut orang aku tak boleh nak tutup. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang pasti, ini kisah aku, dunia aku. Kisah kau kisah kau, dunia kau dunia kau. Cakap selagi boleh, hina selagi mampu. Aku tak akan berdendam tapi kalau aku dah berdendam maafkan aku. Tapi aku rasa aku kenal siapa aku. Aku lagi masak dengan perangai aku sendiri. Kau jangan risau. Kalau kau agak-agak tak boleh nak follow cara aku, kawan dengan aku, aku lebih rela kau angkat kaki dan blah. Jangan pernah rasa sebab kesian atau semata-mata nak kawan tapi belakang sikit mengutuk aku. Aku tak suka. Senang kan cara aku? Ikut korang la nak buat apa kat aku. Aku terima dengan hati terbuka tanpa perasaan dendam. Doakan aku untuk terus tabah mengharungi kisah pelajar lagi sekali. Amin...