Wednesday, February 22, 2012

A Thousand Years - Sungha Jung

Muzik yang aku dengar tikam-tikam kat hati ni. Bergenang air mata. Luka dalam, orang takkan nampak. Orang takkan tahu. Tipu dengan senyuman je. Orang akan percaya. Orang takkan tanya apa-apa dah. Sebab satu senyuman yang kita tahu pura-pura tapi orang ingatkan senyuman ikhlas yang datang dari jiwa tapi tak. Its hurt. Aku tak pernah mintak apa-apa, tapi satu je aku tahu yang aku nak. Aku nak kau. Ye kau. Kau yang hati keras tuh. Kau yang tunjuk ala-ala gangster tuh. Yelaa, kau la! Siapa lagi?

Maki la aku, marah la aku, bergaduh la dengan aku. Aku tak kisah. Sebab aku tau sedikit sebanyak kita akan paham dengan sikap masing-masing kan? Bosan? Tak pernah terlintas. Tak pernah terfikir. Tak akan wujud perkataan tuh. 'Malas nak jaga hati manusia mana mana lagi'. Betul dah tak nak buat dah? Cakap la yang ayat ni hanya satu ayat yang kau nak luah tapi sebenarnya tak ada niat. Cakap la ni hanya ayat yang akan keluar bila hati tengah panas. Cakap la. Aku tak pernah harap pun ayat itu akan jadi satu kenyataan atau satu benda yang nyata. Aku tak nak. Aku takut. Ye, jujur aku takut. Takut akan rasa kehilangan. Takut akan perasaan yang ada. Tolong?

'If you ever leave me baby, leave some morphine at my door. Cause it would take a whole lot of medication, to realize what we used to have we dont have it anymore'. Nahh, untuk kau..........

Aku tak dapat sambung lagi nak bebel.. Pedih mata aku, berat kepala aku, mungkin sebab lappy ni, mungkin cahayanya pulak, atau mungkin atas sebab aku menangis. Jujur aku takut, Jujur aku sayang, Jujur aku cinta, Jujur aku sedih, Jujur aku rindu. Jujur aku dengan kau.

Sunday, February 19, 2012

Dia dan Aku Kata-Zahiril Adzim

Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.

Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh,
biar aku lawan untuk jodoh ini!"

Saturday, January 14, 2012

Tahan

Cuma mengambil masa 4bulan saja untuk menghabiskan diploma. Aku nak selesaikan benda ni cepat. Aku dah tak larat dah bila setiap minggu kena boom. Aku cuba untuk bertahan. Lawan perasaan aku yang tengah meracau ni. Aku cuba pekakkan minda aku, pekakkan telinga dengan tomahan yang aku dapat. Payah untuk bertahan tapi aku masih mencuba hanya kerana untuk menghabiskan semester ni. Kau berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang kau beri. Aku akan cuba dan terus cuba untuk kuatkan hati ini. InsyaAllah. Amin.